mungkin sedikit permulaan bagi perkhemahan anjuran fityan, masjid darul ghufran, Kem Remaja Cemerlang. inilah kali ke empat kem ini dianjurkan dan ini cuma kali pertama saya menghadiri. Setelah cuti diluluskan oleh bos, saya,dengan berbesar hati mendaftarkan diri. Sesungguhnya, sekian lama saya hendak mengambil bahagian dalam kem ini tapi waktu tak membenarkan.
Tempat perkhemahan adalah, Grik, Perak, Nur Lembah Lenggong! Nama nya sungguh "garang" bukan? hehe.dan yang paling seronok sekali, tempat nya terletak bersebelahan sungai perak! weeheee...Best sangat!
Perkhemahan itu selama 4 hari 3 malam.Mulai 21 Dec 2006 hingga ke 24 Dec 2006. Kami berkumpul di masjid ghufran pada jam 9.30 untuk taklimat lanjut yang dibuat oleh ustaz Ahmad dan juga ustaz Jamal. Sebelum itu, dapat juga jumpa dengan adik beradik lain mak, lain bapak, iaitu kumpulan usrah saya!=D gooooo MUJJIES!=D *neighhs*
Ada juga beberapa ikhwah yang saya tak kenali. Alhamdulillah! Boleh juga buat kawan baru!=D ada permainan "ice breakers" yg dikendalikan. Kurang selesa bila dapat tahu saya lah peserta paling tua! uff!
Kemudian, kita menunaikan sholat taubah dan juga sholat sunnah safar yg di imamkan Ustaz Jamaludin. Sayu sangat rasa nya. Seperti hendak ke medan peperangan. Semua nya disiapkan. Angkat bag dan terus ke tempat meletak kereta atau disenangi dgn panggilan "carpark"=P Di situ, sesiapa yang keluarga atau kawan yg hantar, mengucapkan salam terakhir sebelum semua berangat naiki bus.....
jam 11.45pm, kami bertolak.........
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home