Im posting such entries to give myself the extra kick in the butt to be more motivated to do more good.
I believe that is the least we can do as our brothers and sisters experience their fate at their homeland. It is the homeland of our forefathers. It is where imam Syafie was born. That homeland is named Ghaza, Palestine.
Be excellent in whatever we do and dont forget to give prayers to our brothers and sisters.
Akhir kata, sebuah hadith qudsi, “Maka jika Aku mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Aku adalah tangannnya yang dia gunakan untuk memukul, dan Aku adalah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan.” (HR. Bukhari). sudahkah kita mencapai sebegini?
jom! fastabiqul khairaat!
Article ini dari seorang ikhwah,
Saya taipkan petikan ucapan As Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003. Tanpa dapat menahan airmata, saya kongsikan sebahagian darinya....terlalu sebak untuk menghabiskannya.
Semoga kata-kata beliau ini akan menyemarakkan lagi usaha kita di dalam membantu umat islam di Palestine dan semua saudara kita yang ditindas dan dizalimi....
Petikan ucapan As Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003
“Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?. Sesungguhnnya aku ini seorang tua, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini). Aku tidak mampu untuk ke mna-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah…Tiada satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas…(Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami.
Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya, lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda”.
Dipetik dari buku “Gugurnya Dua Mutiara – Ahmad Yassin Dan Rantisi Dalam Kenangan”
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home