Hello Stranger!
Links
He said, She said
Recent Comments
My Personalities
Visit the Site
You are SUPERMAN.

You are mild-mannered, good, strong and you love to help others.


Visit the Site
You are SIMBA.

You're young, naive, and misguided. However, don't fear, because your growth comes exponentially with hard times ahead. Only then will you reach the goals you've set out to accomplish.


Visit the Site
The Sorting Hat would put you in Gryffindor.

You are bold, passionate, and brave. You have a highly-defined sense of right and wrong, and you are not afraid to speak your mind or fight for what you want.


Previous Posts

Powered by Blogger

Designed byThe MVAC © 2008
Exclusively for Mohksin.
All Rights Reserved. 2008 | 1429H
Powered by the MVAC
Mintak doa bagi Mohd Norhakim Suhaimi
Sunday, August 20, 2006 |
The article below is taken from Berita Harian the recent friday. Mintak belas kasihan dari kawan kawan untuk doa untuk dia. Personally, i do not know him, though i do bump into him at camp. Very peaceful looking guy. Was suppose 2 b his collegue in 2 wks time. May Allah grant him and his family patience and acceptance. May He guide him thru. Ameen.

-

PENYARA FAMILI MUNGKIN LUMPUH DEK NAHAS

Oleh
Farid Hamzah

BELIAU satu-satunya anggota keluarga yang diharap dapat membantu menambah pendapatan keluarga.

Malangnya, Encik Mohd Norhakim Suhaimi, 22 tahun, mungkin lumpuh selama-selamanya setelah mengalami, kemalangan jalan raya Selasa lalu.

Anggota Perkhidmatan Negara (NS) berpangkat sarjan dengan Pasukan Perkhidmatan Awam Singapura (SCDF) itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Besar Changi (CGH).

Anak sulung daripada enam adik-beradik itu satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya yang anggota dewasanya terdiri daripada nenek berusia 78 tahun, ibu seorang suri rumah, bapa tiri yang tidak bekerja kerana masalah kesihatan serta.

Seorang adik lelakinya yang berusia 19 tahun mengalami kecacatan otak sementara adik-adik yang lain mengalami kelemahan otak tetapi masih bersekolah.

Jurucakap polis berkata nahas berlaku sekitar 7.20 pagi di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) melibatkan motosikal Encik Mohd Norhakim dengan sebuah kereta.

Pemandu kereta itu, dipercayai seorang lelaki Melayu, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semasa ditemui di CGH semalam, Encik Mohd Norhakim, yang separuh sedar, sering mengadu kesakitan setiap kali bahagian bawah tubuhnya dipegang.

Beliau hanya dapat mengangguk atau mengeluarkan sepatah dua perkataan setiap kali diaju soalan.

Jurucakap CGH berkata beliau mungkin terpaksa dibedah minggu depan kerana kecedaraan parah di tulang pinggangnya.

Ibunya, Cik Rahmah Aziz, 41 tahun, berkata anaknya itu dalam perjalanan ke kemnya di Jalan Bahar ketika kejadian.

'Saya dapat panggilan yang menyatakan dia dah di hospital akibat kemalangan. Tak sangka pula kemalangannya agak teruk kerana doktor beritahu dia mungkin boleh lumpuh selama-lamanya,' katanya.

Menurut bapa tirinya, Encik Mohamed Daan, 53 tahun, Encik Mohd Norhakim bekerja setiap hujung minggu sebagai penghantar makanan segera bagi membantu menyara nenek dan lima adiknya.

'Kerana kurang pendapatan, beliau terpaksa meminjam daripada pakciknya untuk melanjutkan pelajaran diploma sambilannya di sebuah institusi privet,' kata bekas drebar itu.
posted by Mohksin Rashid @ 3:07 pm

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home