aku melihat!
Sunday, January 14, 2007
|
Terima kasih Allah kerana, AKU MAMPU MELIHAT!
ciptaanMu yg indah, AKU MAMPU MELIHAT!
batu dan kayu rintangan di perjalanan, AKU MAMPU MELIHAT!
cahaya pagi dan malam, AKU MAMPU MELIHAT!
kawan dan sahabat-sahabatku, AKU MAMPU MELIHAT!
IBU dan BAPAku, AKU MAMPU MELIHAT!
From left: Dudu Hafiz, Ridhwan, Mohksin
ciptaanMu yg indah, AKU MAMPU MELIHAT!
batu dan kayu rintangan di perjalanan, AKU MAMPU MELIHAT!
cahaya pagi dan malam, AKU MAMPU MELIHAT!
kawan dan sahabat-sahabatku, AKU MAMPU MELIHAT!
IBU dan BAPAku, AKU MAMPU MELIHAT!

Dudu Hafiz..TIDAK mampu melihat. Seorang rakan baru dari Bandung, Daarut Tauhiid hilang penglihatannya 2tahun yg lepas. Waktu itu, dia lagi menuntut di sebuah universiti di Indonesia. Kerana penyakit yang dia alami, dia terpaksa berhenti pengajiannya. Doktor memutuskan peluang melihat kembali hampir tiada.
Alhamdulillah, dengan kemampuan berbahasa inggeris dan rahmat Allah, dia dapat pekerjaan di Daarut Tauhiid, sebagai operator telefon di syarikat MQ(Manajemen Qolbu), Daarut Tauhiid.
Kata-katanya sungguh menyentuh hati,
"Sometimes when it is quiet, I feel lonely"
"I want to see again one day"
Kawan-kawan. Saya mohon sesiapa sahaja yg MAMPU melihat dan membaca entri ini, luangkanlah sedikit masa untuk mendoakan kawan saya itu dan juga sesiapa sahaja yang tidak MAMPU melihat.
Semoga dia diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menerima hakikat yang Allah telah kurniakan. Semoga dia redha dengan kehendak Allah!
Teruskan perjuangan wahai sahabatku!
Ayuh, kita mengambil peluang ini juga untuk muhasabah diri kita yang amat lemah dan lalai. Sering kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan sehingga nikmat itu ditarik semula.
Ya Allah, ampuni lah hamba-hambaMu yang sering lupa dengan nikmat yang kau berikan, hamba-hambaMu yang tidak mensyukuri nikmat-nikmatMu, malah menyalah gunakan nya. Ya Allah biarlah kami menggunakan nikmat penglihatan ini dijalanMu. Semoga mata-mata kami menjadi saksi di akhirat nanti sebagai pembela dan bukan sebaliknya. Ameen.

posted by Mohksin Rashid @
1:54 am

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home