Entri yang saya karang ini sangat relevan bagi saya pada waktu ini. Dalam masa yang sama, harap ia dapat menjadi satu peringatan bagi yang membaca dan yang masih hidup!
Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas ni! kalau tak, tak kesampaian lah entri ni eh=D
Sudah beberapa hari nikmat kesihatanku diuji. batok mcm takde org nye masalah(like nobody's business), hampir hampir demam dan skarang ni hampir hilang suara.
kerap kita mengeluh apabila dalam kesakitan kerana merasa lemah. saya tak dikecualikan pon! cuma bila teringat janji Allah yang tak mungkin diingkari, lega kesakitan tu! betol!
Ummul ‘Ala’ berkata, “Rasulullah s.a.w. mengunjungiku ketika aku sakit, lalu beliau bersabda;
“Bergembiralah, hai Ummul ‘Ala, sesungguhnya apabila seorang muslim sakit, Allah akan menghilangkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana api menghilangkan karatnya emas dan perak.” (H.R. Abu Dawud)
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan/ujian berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan Allah Ta’ala akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (H.R. Muslim)
happy nye gugur dosa!!! sesungguhnya kite ni semua tak lepas dari kesalahan dan dosa kan? (=
peringatan buat diri yang lemah dan juga sesiapa yg membaca entri ini (=
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home